Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
119 Rajah 1 : Model Kesejahteraan Psikologi GPK Justeru berdasarkan model ini mengesahkan bahawa GPK berada dalam kesejahteraan psikologi disebabkan mereka mempunyai sikap ihsan kendiri, sokongan sosial dan kesejahteraan spiritual walaupun GPK perlu bekerja dalam suasana pekerjaan yang tertekan dan menjurus kepada compassion fatigue dan burnout (Brunsting, et al., 2014; Hinds et al., 2015; Kiel et al., 2016; Williams & Dikes, 2015; Haznurah Zainon & Mohd Zuri Ghani , 2012; Mohd Zuri Ghani et al., 2014). GPK mampu mencapai kesejahteraan psikologi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai peranan dan cabaran tugas dalam struktur dan suasana pekerjaan yang tertekan di sekolah. Tegasnya, walaupun pada hakikat dan realitinya GPK perlu mengajar MBK yang sama sekali tidak sama dengan murid normal iaitu yang mempunyai pelbagai kategori ketidakupayaan dalam satu kelas seperti dyslexia , Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), slow learner , autisme , sindrom down , dan terencat akal ringan (KPM, 2015b) namun GPK tetap berada dalam kesejahteraan psikologi. PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS 04
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy