Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
118 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI (1981) yang diadaptasi oleh Zubaidah Amin (1999). Penganalisisan data kajian menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) berbantukan perisian Smart PLS 3.0. 4.0 HASIL ANALISIS Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ihsan kendiri ( β =0.472, t=12.807, p=0.000) memainkan peranan yang paling penting dan paling kuat menyumbang kepada kesejahteraan psikologi GPK berbanding dengan sokongan sosial ( β =0.390, t=8.899, p=0.000) dan kesejahteraan spiritual ( β =0.189, t=4.829, p=0.000). Oleh itu secara keseluruhannya dapatan kajian ini menggambarkan bahawa ketiga-tiga faktor iaitu ihsan kendiri, sokongan sosial dan kesejahteraan spiritual memberi sumbangan yang penting kepada kesejahteraan psikologi GPK. Dalam erti kata lain, kajian ini berjaya mengembangkan ilmu pengetahuan dan kefahaman mendalam tentang kesejahteraan psikologi dalam konteks profesion keguruan bidang pendidikan khas. Gabungan antara elemen intrapersonal dan interpersonal seperti dalam Rajah 1 menjadi pemangkin kepada kesejahteraan psikologimeskipunGPK terpaksaberhadapandenganpelbagai cabaran peranan dan tugas dalam usaha mendidik dan membimbing MBK yang mempunyai kategori ketidakupayaan yang berbeza-beza antara satu sama lain di sekolah. Justeru itu, model ini menjelaskan kepentingan dan keperluan kepada hubungan intrapersonal dan interpersonal dalam mencapai kesejahteraan psikologi yang lebih lengkap dan holistik. GPK mempunyai kekuatan dari aspek psikologi positif seperti ihsan kendiri, sokongan sosial dan kesejahteraan spiritual dalam mencapai kesejahteraan psikologi walaupun terpaksa akur dengan pelbagai cabaran tugas dan peranan demi mendidik, membimbing dan meningkatkan potensi sedia ada MBK ke suatu tahap yang optimum. Ihsan kendiri merupakan faktor intrapersonal dan interpersonal yang sangat penting kepada kesejahteraan psikologi (Hermanto & Zuroff, 2016: Neff & Costigan, 2014; Neff & Germer, 2017). Seterusnya sokongan sosial di tempat kerja dapat melindungi guru daripada burnout (Ju, Lan, Li, Feng, & You, 2015) dan memainkan peranan yang sangat penting dalam konteks kesihatan mental dan kesejahteraan psikologi individu (Sarason & Leary, 2005). Sehubungan itu kesejahteraan spiritual adalah pelengkap dan menjadikan model kesejahteraan psikologi GPK yang lebih holistik berjaya dibentuk dan dihasilkan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy