Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

117 Ekoran daripada masalah kesejahteraan psikologi yang dialami ini, struktur pekerjaan dalam PK telah memberikan impak yang negatif kepada profesion keguruan pendidikan khas. Antaranya menyebabkan GPKmengalami kesukaranmengajar (Kiel, Heimlich, Markowetz, Braun, & Weiß, 2016), sistem pengambilan guru yang bukan daripada bidang PK mengisi jawatan sebagai GPK (Williams & Dikes, 2015), kualiti pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid menjadi kurang produktif (Kiel et al., 2016), dan pencapaian MBK terjejas (Brunsting, Sreckovic, & Lane, 2014). Selain itu, kadar pengekalan GPK dalam profesion keguruan turut memberi kesan seperti kadar GPK tidak kekal dalam bidang PK semakin tinggi, sangat kronik dan membimbangkan dibandingkan dengan guru biasa (Boe, 2006; Emery & Vandenberg, 2010; Tyler & Brunner, 2014). MenurutWilliams danDikes (2015)mengekalkanGPK yang berkelayakan mengajar MBK telah menjadi satu masalah yang sangat sukar disebabkan peningkatan kadar ini adalah disebabkan masalah tekanan dan burnout yang dialami dalam kalangan GPK (Kiel et al., 2016). Sejajar dengan situasi ini, isu kesejahteraan psikologi GPK amat perlu diberi perhatian seperti dicadangkan oleh Hinds et al., (2015) yang menjelaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam PK itu adalah sangat tertekan dan boleh mengganggu kesejahteraan psikologi individu. Bertitik tolak daripada isu ini, maka adalah penting untuk mengambil tindakan bagi mengelakkan permasalahan berkaitan kesejahteraan psikologi GPK terusmenjadi isu dalamprofesion keguruan dalam bidang PK. Oleh itu, sewajarnya kajian ini menumpukan kepada aspek psikologi positif agar individu dapat berfungsi secara lebih optimum. 3.0 METODOLOGI Dalam kajian ini, reka bentuk tinjauan ( survey ) digunakan untuk mengumpul data. Menerusi prosedur ini, penyelidik mengutip data berangka dengan menggunakan soal selidik. Kajian dijalankan terhadap 322 guru pendidikan khas masalah pembelajaran (GPKMP). Teknik pensampelan pelbagai peringkat digunakan dan dijalankan melalui teknik pensampelan rawak strata mengikut kadar dan teknik pensampelan rawak mudah berkelompok. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan berdasarkan reka bentuk keratan rentas. Empat instrumen iaitu soal selidik Kesejahteraan Spiritual (Paloutzian & Ellison, 1982), Ihsan Kendiri (Neff, 2003), Kesejahteraan Psikologi (Ryff, 1989) dan Social Network Measure, House PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS 04

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy