Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
116 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI menjadi lebih mencabar dalam memastikan matlamat membentuk dan mempertingkat potensi diri murid bermasalah keperluan khas (MBKMP) ke tahap yang optimum tercapai. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan sorotan literatur yang dijalankan, GPK mempunyai tahap tekanan yang lebih tinggi daripada guru biasa (Billingsley 2004; Hinds et al; 2015) dan berisiko 1.3 kali ganda mengalami gangguan psikiatri dan mental berbanding dengan guru biasa (Ervasti et al., 2012). Begitu juga dengan laporan dari The MetLife Survey of the American Teacher yang dikeluarkan pada tahun 2014 yangmendapati 51% GPK mengalami tekanan disebabkan mempunyai tugas dan tanggungjawab tambahan dan lebih banyak berbanding dengan guru biasa (Williams & Dikes, 2015). Hal ini selari dengan kajian tinjauan awal penyelidik yang mendapati GPKMP mengalami masalah kesejahteraan psikologi seperti tekanan, compassion fatigue dan burnout dalam pekerjaan. Dapatan ini disokong dengan kajian sebelum ini (Effa Hizda Hussein, 2001; Faridah Serajul Haq, Lillia Halim, 2001; Haznurah Zainon & Mohd Zuri Ghani, 2012; Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, & Suzana Ibrahim, 2014) yang juga menunjukkanGPKMP di negara ini mengalami tekanandalampekerjaan. Begitu juga dengan GPK di luar negara yang turut mengalami tekanan (Youngs, Jones, & Low, 2011), compassion fatigue ( Davis & Palladino, 2011; Naig, 2010; Tepper & Palladino, 2007), dan burnout (Emery & Vandenberg, 2010; Bataineh & Alsagheer, 2012; Williams & Dikes, 2015). Sehubungan itu, permasalahanyangmenjejaskankesejahteraan psikologi ini telah memberi kesan negatif bukan sahaja kepada guru tetapi juga murid. Kesukaran dan kerumitan tugas mengajar sering kali menimbulkan masalah untuk kebanyakan guru. Guru menjadi kurang cekap dalam pengajarannya (Spilt, Koomen, & Thijs, 2011; Yeo, Ang, Chong, Huan, & Quek, 2008) dan sokongan emosi guru kepada murid terjejas (Brown, Jones, LaRusso, & Aber, 2010; Sapora Sipon, 2007). Kesannyamurid pulamenghadapi masalah dari segi prestasi akademik, sosio emosi (Spilt et al., 2011), pembelajaran, motivasi dan pencapaian (Skaalvik & Skaalvik, 2010). Keadaan ini mengakibatkan berlaku lebih banyak konflik antara guru dengan murid (Hamre, Pianta, Downer, & Mashburn, 2008).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy