Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
115 PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS SALINA BINTI MOKHTAR, PhD Pensyarah Kanan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tuanku Bainun salinamokhtar11@gmail.com RAHIMI BINTI CHE AMAN, PhD Profesor Madya Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia rahimi@usm.my 1.0 PENGENALAN Pendidikan Khas (PK) adalah salah satu bidang professional yang amat mencabar dan semakin rumit (Perold, Louw, & Kleynhans 2010) serta sangat kompleks (Brownell, Hirsch, & Seo, 2004; Smith, Robb, West, & Tyler, 2010). Reka bentuk pekerjaannya lebih sukar, sengit, mencabar (Hillel Lavian, 2015), menjurus kepada tekanan dan lebih berisiko untuk tidak kekal dalam profesion berbanding dengan guru biasa (Billingsley, 2004; Embich, 2001; Hinds, Jones, Gau, Forrester, & Biglan, 2015; Menlove, Games, & Salzberg, 2004). Guru pendidikan khas (GPK) berhadapan dengan pelbagai cabaran, jangkaan dan tuntutan yang kompleks (Stoesz, Shooshtari, Montgomery, Martin, Heinrichs, & Douglas, 2014), bekerja dengan individu yang mempunyai kekangan dan kelemahan (Brownell et al., 2004), serta pelbagai ketidakupayaan dan masalah tingkah laku yang mencabar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Simonsen, Shaw, Fagella Luby, Sugai, Coyne, Rhein, & Alfano, 2010). Dalam hal ini, GPK bertanggungjawab dengan pelbagai tugas yang lebih sukar berbanding dengan guru biasa (Sledge & Pazey, 2013) bukan sahaja berkaitan dengan akademik tetapi dibebani dengan tugas-tugas klinikal dan pengurusan diri murid (Faridah Serajul Haq & Lillia Halim, 2001). Sebagai contoh, bagi murid berkeperluan khas kategori masalah pembelajaran (MBKMP) yang menghadapi masalah dari segi perkembangan kognitif dan tingkah laku, turut mengalami proses perkembangan fizikal dan melalui proses akil baligh seperti murid normal (Rashikj, 2009). Justeru, tugas guru pendidikan khas (GPK) PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS 04
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy