JPA Daily Buzz - Edisi 33 2025
m/s 3 4. Apa Contoh Situasi “Sebelum vs Selepas ILTIZAM”? Sebelum ILTIZAM: Permohonan lesen ambil 14–60 hari. Banyak permohonan tak ada SLA (Standard Level Agreement). Rakyat perlu hantar dokumen berulang kali walaupun kerajaan sudah ada data itu. Aduan lambat dijawab kerana tiada mekanisme pemantauan. Sistem digital tak integrasi antara agensi. Selepas ILTIZAM (Yang Diunjurkan): SLA diwajibkan dan diumumkan pada rakyat. Masa proses lebih ringkas dan jelas. Data sharing antara agensi untuk kurangkan dokumen berulang. Sistem pemantauan prestasi mempercepat respons aduan. Digital-first akan menjadi norma, bukan pilihan. 5. Apa Faedah ILTIZAM Pada Rakyat? Urusan lebih cepat Proses lebih mudah & tak berulang- ulang Layanan lebih responsif Maklumat lebih jelas & telus Kurang pergi kaunter Lebih banyak perkhidmatan digital Rakyat tidak hanya mahu perkhidmatan tetapi mereka mahu pengalaman. ILTIZAM mengubah cara kita memberi pengalaman itu. 6. Apa Faedah ILTIZAM Pada Perniagaan & Pelabur? Kurangkan kos urus niaga Permohonan lesen & kelulusan tidak meleret Proses lebih predictable Sokong ekonomi & pelaburan Tingkatkan daya saing Malaysia di rantau ini Ada sebab agensi seperti ACCCIM memuji ILTIZAM sebagai game changer untuk ekosistem perniagaan negara. 7. Apa Yang Pegawai Kerajaan Perlu Buat Sekarang? ILTIZAM bukan akta yang duduk dalam kabinet fail tetapi akta yang hidup dalam cara kita bekerja setiap hari. Pegawai Awam perlu mula: menyemak SOP & borang sedia ada mengurangkan steps yang tak perlu meningkatkan masa respon mengutamakan pengalaman rakyat melaporkan SLA kepada pengurusan menerima budaya “cepat, tepat, telus” Dalam bahasa mudah: ILTIZAM bukan tugasan tambahan. ILTIZAM ialah cara kerja baru. ILTIZAM Bukan Hanya Atas Kertas Rakyat tak hafal akta. Rakyat tak minat framework . Rakyat hanya minat apa yang mereka rasa. Jadi, ILTIZAM wujud untuk memastikan mereka rasa perkhidmatan kerajaan yang: lebih cepat, lebih jelas, lebih mesra, lebih berintegriti. Kerajaan tak berubah melalui poster tetapi perlu berubah melalui tindakan harian: cara kita melayan cara kita menjawab cara kita memudahkan cara kita berkolaborasi cara kita berfungsi sebagai satu ekosistem ILTIZAM adalah pelan pemecut dan kita adalah enjin yangmenggerakkannya. Malaysia boleh bergerak laju. ILTIZAM memastikan kerajaan bergerak sama laju. Dr. Diyana binti Hassim Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy