JPA Daily Buzz - Edisi 33 2025

m/s 2 mempercepat penyampaian perkhidmatan mengurangkan beban kawal selia (regulatory burden) memperkenalkan sistem penarafan prestasi agensi mewajibkan kecekapan sebagai standard minimum kerajaan Senang cerita: ILTIZAM = “ No More Slow Mode Act .” Kerajaan bergerak. Rakyat rasa. 2. Kenapa ILTIZAM Diperlukan Sekarang? Dalam tiga tahun kebelakangan ini: rakyat semakin terkesan dengan kos sara hidup peniaga perlukan kelulusan cepat untuk bergerak birokrasi kompleks melambatkan pelaburan rakyat hilang keyakinan bila sistem lambat proses lama tidak lagi sesuai dengan dunia digital Ahli ekonomi & industri bersetuju: Undang-undang efisiensi seperti ILTIZAM mengurangkan kos urus niaga dan mempercepat ekonomi . Malah, dewan perdagangan seperti ACCCIM menyambut baik undang-undang ini sebagai “ milestone untuk mempercepat kelulusan kerajaan dan meningkatkan daya saing negara.” 3. Apa Yang ILTIZAM Ubah Dalam Kerajaan? Secara asas, ILTIZAM memaksa tiga transformasi: A. Kurangkan Kawal Selia Lapuk Setiap kementerian & agensi diminta menilai semula semua: borang SOP garis panduan proses kelulusan regulatory requirements Mana yang tak perlu → buang. Mana yang lambat → pendekkan. Sasaran minimum 25% pengurangan beban kawal selia untuk banyak agensi. B. Tingkatkan Penyampaian Perkhidmatan ILTIZAM mengubah interaksi harian kerajaan, daripada: ❌ “Nanti ya puan…” ✔ “Sini saya bantu sekarang.” ❌ “Kita tunggu kelulusan 18 langkah…” ✔ “Satu pintu, satu proses.” ❌ “Sistem tengah semak data…” ✔ “Sistem ready, info terus keluar.” Rakyat tak nak penjelasan tetapi mereka nak penyelesaian. ILTIZAM memastikan itu jadi budaya baru. C. Sistem Penarafan Prestasi Agensi Buat pertama kali, kualiti penyampaian perkhidmatan akan: diukur dipantau dilaporkan diberi pengiktirafan atau tindakan Agensi yang laju → diberi kredit. Agensi yang lambat → diperbetulkan. Ada consequence . Ada accountability .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy