JPA Daily Buzz - Edisi 28 2025
m/s 2 Jika kemahiran kita kekal statik sedangkan negara bergerak maju, jurang akan semakin melebar. Perkhidmatan yang direformasi memerlukan pegawai yang direformasi. Di Mana Pembangunan Modal Insan Sering Tergendala Walaupun pelbagai kursus disediakan, masalah sebenar terletak pada sikap dan tabiat kerja. Antara situasi yang masih berlaku: 1. Hadir kursus tetapi tidak diamalkan Ilmu dicatat, tetapi tidak dipraktikkan. Kembali kepada tabiat lama. 2. “Saya dah lama kerja, saya tahu semua” Mind-set ini menutup pintu ilmu. Pengalaman penting, tetapi enggan belajar sangat berbahaya. 3. Kemahiran lapuk tetapi tiada usaha upgrade Teknologi berubah. Dasar berubah. Jika kemahiran tak berubah, kualiti perkhidmatan merosot. 4. Kepimpinan yang tidak membimbing Penyelia hanya menyemak kehadiran, tetapi tidak pernah melatih. Ini tidak mampu melahirkan pasukan berkualiti. 5. Tiada rasa pemilikan terhadap pembangunan diri Latihan dianggap beban, bukan pelaburan. Lebih teruk lagi, ada yang hadir kursus sekadar untuk memenuhi KPI tahunan dan bukan untuk belajar atau berubah. Pembangunan insan menjadi kotak untuk ditanda, bukan usaha untuk maju. Pegawai Awam Hari Ini Tidak Ada Alasan Untuk Tidak Upgrade Diri Kita perlu jujur, pegawai awam hari ini tiada alasan untuk kekal di tahap lama . Bahagian Pembangunan Modal Insan menyediakan 151 kursus AI , INTAN pula menyediakan 18 kursus AI , semuanya terbuka kepada semua pegawai awam. Itu baru AI, belum termasuk ratusan kursus lain dalam kepimpinan, digital, komunikasi, dasar, dan pengurusan. Kebanyakan kursus kini bersifat self-enrol , fleksibel, dan boleh diakses bila-bila masa. Tidak perlu tunggu pencalonan. Peluang sudah ada, yang diperlukan hanyalah kemahuan . Jika ini pun masih perlu “disuap”, maka masalahnya bukan pada sistem tetapi pada keengganan kita untuk berkembang . Dalam perkhidmatan awam, malas tidak akan membawa kejayaan. Pembelajaran sepanjang hayat bukan pilihan tetapi ia adalah amanah profesional. Apa Yang Teras 2 Mahukan Daripada Kita Teras 2 menuntut pegawai awam yang berkemampuan, berkeyakinan, dan bersedia untuk masa depan: Pembelajaran berterusan; Peningkatan kemahiran (terutamanya digital); Tabiat kerja profesional; Kepimpinan yangmembimbing; Mobiliti dan kesediaan kerjaya; dan Mind-set memperbaiki diri
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy