JPA Daily Buzz - Edisi 28 2025

m/s 1 ARPA Secara Mudah (Teras 2) Edisi 28/ 2025 28 November 2025 Apabila bercakap tentang reformasi, ramai memberi tumpuan kepada sistem, struktur, dan prosedur. Tetapi semua itu tidak bermakna jika pegawai yang melaksanakannya tidak mempunyai kemahiran, mind- set dan kesediaan untuk berkhidmat. Sebab itulah Teras 2: Pembangunan Modal Insan menjadi tunjang penting dalam ARPA. Kekuatan perkhidmatan awam bergantung kepada kekuatan pegawainya . Tidak mungkin kita bercakap tentang transformasi jika pegawai awam tidak dilengkapi, dilatih, disokong dan dimotivasikan. Teras 2 mengingatkan kita bahawa pembangunan modal insan bukan perkara sampingan tetapi ia adalah enjin kecemerlangan. Mengapa Modal Insan Sangat Penting Hari Ini Landskap perkhidmatan awam kini lebih pantas, lebih kompleks dan lebih mencabar. Digitalisasi, dasar baharu, dan jangkaan rakyat yang meningkat menuntut pegawai yang: Berpengetahuan; Berupaya menyesuaikan diri; Cekap; Berintegriti; dan Mahu berkembang. Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz “Perkhidmatan AwamYang Kukuh Bermula Dengan Pegawai Yang Kukuh”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy