JPA Daily Buzz - Edisi 16 2025
Di Sebalik Roblox dan Apa yang Kita Lupa Didik Apabila saya terbaca berita tentang seorang remaja yang mencederakan adiknya akibat satu insiden dalam permainan Roblox, saya tertanya-tanya “Roblox ni apa?” Ia terasa lebih daripada sekadar tragedi terpencil dan ia seperti tanda kepada sesuatu yang lebih dalam. Atas rasa ingin tahu, saya sendiri mendaftar dan bermain Roblox hampir 24 jam. Saya membina, berperang, berdagang dan menyelami dunia yang dilalui jutaan kanak-kanak setiap hari. Pada awalnya ia kelihatan menyeronokkan dan kreatif. Namun semakin lama saya berada di dalamnya, semakin saya rasakan satu kekosongan. Roblox ialah dunia yang penuh pergerakan dan ganjaran, tetapi kurang panduan tentang makna dan arah. Saya mula terfikir di sekolah, adakah anak-anak kita tahu mengapa mereka ke sana setiap pagi? Adakah ada yang mengingatkan bahawa pembelajaran bukan hanya tentang peperiksaan tetapi tentang mencari diri dan memahami apa yang ingin mereka jadi apabila dewasa kelak? Bila pelajar hilang arah, sekolah hanyalah rutin bukan lagi tujuan. Perkara yang sama juga berlaku kepada kita, orang dewasa. Adakah kita membina rasa kepunyaan dan makna dalam pekerjaan, atau sekadar menyiapkan tugasan dan mengejar KPI atau hanya rutin kerana nak gaji? m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pengukir Bicara Nadiah Begum Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Edisi 16/ 2025 7 November 2025
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy