Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

2 Definisi 6. Dalam Garis Panduan ini, kecuali konteksnya menghendaki maksud yang lain a) “Gangguan Spiritual” bermaksud gejala aneh atau keresahan yang tidak dapat dipastikan dengan jelas faktor penyebabnya yang juga memberi kesan ke atas fizikal, emosi dan psikologi. Ia boleh dirawat melalui rawatan perubatan (alopati) dan/ atau spiritual; b) “Intervensi” bermaksud pendekatan psikologi yang digunakan bagi membentuk perubahan positif pegawai daripada aspek kognitif, emosi dan tingkah laku. Ia boleh dilakukan secara bersemuka, atas talian (sidang video) atau apa jua platform media seperti telefon, e-mel atau messenger; c) “Intervensi Bersepadu” bermaksud kaedah pengurusan intervensi yang komprehensif untuk pelbagai permasalahan psikologi yang dikenal pasti melalui proses saringan, intervensi dan penilaian kebergunaan melibatkan pelbagai pihak (multidisiplin); d) “Kebergunaan” bermaksud perihal atau keadaan berguna seseorang pegawai yang mendatangkan faedah kepada perkhidmatan awam; e) “Kecelaruan Mental” bermaksud pegawai mengalami gangguan/ kecelaruan psikologi yang dimanifestasikan oleh kecelaruan dalam tingkah laku, mood, emosi, persepsi, kognitif (orientasi, persepsi, memori) dan ketagihan bahan sehingga menjejaskan fungsi kehidupan seharian; f) “Kesihatan Fizikal” bermaksud pegawai bebas daripada penyakit, penyakit kronik, penyakit tidak berjangkit, ketidakupayaan fizikal atau ketidakselesaan tubuh badan yang memerlukan perhatian daripada pegawai perubatan; g) “Kesihatan Psikologi” bermaksud kesejahteraan manusia yang berfungsi secara positif merangkumi keupayaan mental (kognitif, emosi, tingkah laku) dan kesejahteraan sosial untuk berhadapan dengan apa jua cabaran; h) “Keterhutangan Serius” bermaksud keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang, setelah diambil kira jumlah potongan bulanan bagi bayaran balik hutangnya melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaunelaun (P.U.(A) 395/1993);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy