Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

3 i) “Keterhutangan Kronik atau Kritikal” bermaksud kategori keterhutangan serius seseorang pegawai berdasarkan keputusan profil kewangan; j) “Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah agensi di peringkat ibu pejabat iaitu Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Ketua Perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai Ketua Jabatan; k) “Pegawai” bermaksud seseorang pegawai awam yang dirujuk kepada intervensi bersepadu berdasarkan kriteria yang ditetapkan; l) “Laporan Perubatan” bermaksud laporan yang disediakan oleh Pengamal Perubatan (mengenai sesuatu masalah kesihatan dan rawatan yang diperoleh berdasarkan rekod perubatan pesakit; m) “Log Harian” bermaksud rekod/ dokumen rasmi yang diguna pakai untuk mencatat pencapaian/ pelaksanaan tugasan rasmi yang dihasilkan oleh pegawai dalam waktu bekerja; n) “Pengurus Sumber Manusia” bermaksud pegawai yang menguruskan perihal sumber manusia atau pentadbiran di sesebuah agensi di peringkat ibu pejabat, jabatan atau agensi di daerah, negeri atau persekutuan; o) “Pegawai Psikologi” bermaksud pegawai yang dilantik mengikut Skim Perkhidmatan Pegawai Psikologi seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2007; p) “Pelan Rawatan” bermaksud perancangan berstruktur yang merangkumi maklumat pegawai, diagnosis, intervensi psikologi dan keberhasilan daripada kemajuan pegawai; q) “Pendekatan Psikologi” merupakan kaedah yang dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang cemerlang/ berprestasi tinggi melalui program pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi; r) “Penyelia” bermaksud pegawai yang menjalankan pemantauan terhadap tugas dan membuat penilaian prestasi ke atas pegawai sepanjang intervensi;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy