Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

12 iii. Masalah gangguan spiritual yang memerlukan rawatan alternatif daripada Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari seperti dalam senarai Jadual 1 dan 2 di LAMPIRAN C2; atau iv. Lain-lain yang berkaitan. Permasalahan Kewangan Mempunyai profil kewangan berstatus kronik atau kritikal (LAMPIRAN B5) yang memerlukan intervensi bantuan kewangan seperti Bank Negara Melaysia (BNM) dan agensi yang berkaitan. Manakala bagi pegawai yang memerlukan bantuan kewangan segera, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan daripada agensi seperti Pusat Zakat, Baitumal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. l) Memantau keakuran pegawai dalam menjalani intervensi dan menyediakan laporan kemajuan pegawai secara berkala; m) Mendapatkan maklum balas daripada agensi yang dirujuk berhubung dengan status kemajuan pegawai; n) Menyediakan Laporan Intervensi Bersepadu (LAMPIRAN C9) kepada Pengurus Sumber Manusia setelah tamat tempoh intervensi; o) Membuat tindakan susulan sekurang-kurangnya sekali untuk tempoh 3 bulan selepas tamat intervensi bagi mengemaskini status kemajuan diri pegawai di tempat kerja. Mengemukakan Borang Maklum Balas Tindakan Susulan (Lampiran C13) kepada Pengurus Sumber Manusia; p) Sekiranya dalam tempoh tindakan susulan atau selepas tamat intervensi, pegawai menunjukkan pengulangan simptom (relaps), pihak Pengurus Sumber Manusia hendaklah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya perlu, pegawai boleh dicadangkan untuk menjalani intervensi semula tidak melebihi dari 3 bulan; dan q) Menyedia dan mengemukakan Laporan Pengurusan Relaps (LAMPIRAN C11) kepada Pengurus Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy