Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

11 12.2 Fasa 3 : Intervensi dan Pemantauan a) Mengadakan sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan kepada pegawai dalam tempoh 3 hingga 6 bulan yang ditetapkan; b) Mengadakan sesi bersama ahli keluarga pegawai (jika perlu); c) Melibatkan ahli AKRAB dalam proses bimbingan bagi membantu pelaksanaan intervensi (jika perlu); d) Menyediakan laporan kemajuan/perkembangan secara berkala tertakluk kepada bilangan sesi yang diadakan semasa tempoh intervensi dijalankan (LAMPIRAN C5); e) Menyediakan dan mengemukakan laporan naziran kepada Pengurusan Sumber Manusia (jika perlu) (LAMPIRAN C7); f) Sekiranya pegawai sedang menjalani rawatan perubatan, pegawai dinasihatkan untuk mengemukakan salinan laporan perubatan (dengan kebenaran) kepada Pengurus Sumber Manusia; g) Sekiranya pegawai enggan mengemukakan salinan laporan perubatan, pemakluman secara bertulis hendaklah dibuat kepada pihak Pengurus Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya; h) Sekiranya pegawai didapati memerlukan tempoh pelanjutan untuk menjalani intervensi, maka permohonan hendaklah dikemukakan kepada pihak Pengurus Sumber Manusia (LAMPIRAN C10); i) Sekiranya permohonan lanjutan dipersetujui, sesi intervensi akan diteruskan berdasarkan kepada tempoh masa yang diluluskan; j) Sekiranya permohonan lanjutan tidak dipersetujui, sesi intervensi akan ditamatkan dan laporan intervensi hendaklah dikemukakan kepada pihak Pengurus Sumber Manusia; k) Sekiranya terdapat keperluan untuk merujuk pegawai kepada pihak ketiga (rujukan profesional), kriteria yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:- Permasalahan Kesihatan i. Pengulangan simptom (relaps); ii. Kemerosotan fungsi fisiologi/ kognitif/ emosi yang mendadak;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy