Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

13 12.3 Fasa 4 : Penilaian Kebergunaan a) Mengemukakan Laporan Intervensi Bersepadu dalam tempoh 4 minggu selepas tamat intervensi kepada Pengurus Sumber Manusia; dan b) Mengemukakan Laporan Akhir Bimbingan yang disediakan oleh Pegawai AKRAB kepada Pengurus Sumber Manusia (jika berkaitan). 13. Penyelia Bagi tujuan pelantikan penyelia dalam fasa intervensi dan pemantauan, kriteria berikut boleh dipertimbangan:- a) Sekurang-kurangnya satu gred jawatan lebih tinggi daripada pegawai yang diselia; dan b) Penyelia boleh terdiri daripada penyelia asal atau pegawai lain yang dilantik oleh Pengurus Sumber Manusia/ Ketua Jabatan. 13.1 Fasa 3 : Intervensi dan Pemantauan Penyelia berperanan:- a) Menyelaras dan memantau tugasan pegawai mengikut gred dan jawatan hakiki serta arahan lain dari semasa ke semasa; b) Memastikan kerahsiaan maklumat pegawai semasa menjalankan penyeliaan dan penilaian; c) Mengadakan perbincangan bersama pegawai dan Pegawai Psikologi berhubung penetapan sasaran kerja dalam tempoh intervensi; d) Memantau kehadiran, pencapaian tugasan dan rekod log harian pegawai sepanjang tempoh intervensi; i. Kehadiran dan Cuti Bagi kehadiran dan cuti, penyelia perlu mengenalpasti dan memberi teguran terhadap permasalahan seperti kelewatan, ponteng dan pergerakan pegawai dan maklumat cuti pegawai (Rujuk LAMPIRAN B Program Penilaian Pekerja dalam Ceraian PO.3.1.1(G).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy