Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

4 s) “Rawatan Alternatif” bermaksud perubatan tradisional atau rawatan komplementari yang diberi oleh badan pengamal yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang diwartakan dalam P.U (A) 74 bagi tujuan pilihan rawatan yang diperlukan; t) “Relaps” bermaksud pengulangan tanda/ simptom penyakit/ permasalahan semasa / selepas tempoh pemulihan yang dialami pegawai; u) “Rujukan Profesional” bermaksud kes yang dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan profesional dari agensi lain yang mempunyai kepakaran atau bidang kuasa khusus seperti khidmat nasihat daripada Pegawai Hal Ehwal Islam, Bank Negara Malaysia, Pengamal Rawatan Tradisional dan Komplementari atau lain-lain rawatan berkaitan; dan v) “Tindakan Susulan” bermaksud tindakan Pegawai Psikologi menghubungi pegawai untuk mendapatkan maklumat berkenaan fungsi dan kebergunaan pegawai dalam penempatan terkini setelah tamat intervensi. OBJEKTIF 7. Garis panduan ini disediakan untuk:- a) Menyediakan prosedur intervensi psikologi yang teratur dalam mengurus kes pegawai yang dirujuk; b) Menyediakan kriteria, tatacara pentadbiran dan pengurusan kes rujukan; c) Menghasilkan laporan penilaian yang sistematik dalam memantau kebergunaan, perkembangan atau kemajuan pegawai; dan d) Sebagai sokongan dalam meningkatkan prestasi pegawai seperti yang disyorkan untuk menerima kaunseling/intervensi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy