Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

3 pemindahan ilmu pengetahuan bertujuan menambah Pengetahuan (Knowledge), Kemahiran (Skills), Sikap (Attitude) dan Nilai (Value) yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan kompetensi pegawai awam melalui pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran. OBJEKTIF GARIS PANDUAN 7. Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan utama kepada semua pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian dan Jabatan untuk melaksanakan inisiatif pemerkasaan ILA. Ia bertujuan untuk mencapai lima (5) objektif utama seperti yang berikut: (a) Menyediakan Hala Tuju yang Jelas: Memberikan panduan strategik mengenai pengoperasian inisiatif pemerkasaan ILA bagi memastikan fungsi dan peranan ILA sentiasa selaras dengan dasar pengurusan sumber manusia semasa serta aspirasi nasional; (b) Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan: Memacu peningkatan kecekapan dan keberkesanan ILA melalui kitaran lengkap perancangan, pelaksanaan, penilaian dan penambahbaikan pelan tindakan yang tersusun dan konsisten; (c) Memperjelas Akauntabiliti: Menjelaskan peranan dan tanggungjawab tiga (3) pihak yang utama, iaitu JPA, pengurus sumber manusia (Kementerian dan Jabatan) dan ILA. Ia dapat memastikan pengoptimuman fungsi dan sumber melalui sokongan, pemantauan dan kawal selia berterusan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy