Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)
4 (d) Memperkasakan Tadbir Urus: Mengukuhkan tadbir urus ILA khususnya dalam aspek pengurusan dan pembangunan kompetensi yang berstruktur, bersasar dan teratur melalui penetapan keutamaan serta standard yang digariskan; dan (e) Memperkukuhkan Keupayaan Penyampaian : Meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan ILA melalui pengoptimuman aspek modal insan, proses dan teknologi. SYOR-SYOR PEMERKASAAN ILA Kerangka Inisiatif Pemerkasaan ILA 8. Satu kerangka inisiatif pemerkasaan yang bersepadu telah dibangunkan bagi mencapai objektif garis panduan dengan mengambil kira penjajaran visi, fungsi dan peranan ILA yang perlu selari dengan aspirasi agenda nasional. Kerangka ini selaras dengan pelan strategik jangka masa panjang Kerajaan iaitu MyDigital, Ekonomi MADANI, Sustainable Development Goals (SDG), Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA ) sebagaimana diperincikan pada Rajah 1 . 9. Selaras dengan penjajaran di peringkat nasional, setiap Kementerian dan Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan pelan strategik di peringkat organisasi masing-masing adalah selari dengan sasaran tersebut dengan menjadikan pelaksanaan DPBPA sebagai punca kuasa utama. 10. Untuk memperkasakan fungsi dan peranan ILA, maka organisasi perlu mempunyai hala tuju yang jelas dan perlu diterjemahkan melalui pelaksanaan Strategi Utama, Sub Strategi dan Pelan Tindakan dengan panduan dan sokongan pihak pengurusan sumber manusia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy