Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)
2 (c) Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Ketiga Belas (RMKe12, 2021 - 2025, RMKe13, 2026 - 2030); (d) Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) SM.1 Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam; dan (e) Cadangan Rasionalisasi Jabatan/Agensi (2019). TAFSIRAN Definisi ILA 4. ILA secara umumnya adalah institut yang melaksanakan program dan aktiviti pembangunan sumber manusia kepada kumpulan sasar pegawai awam serta bukan pegawai awam atau kombinasi kedua-duanya melalui kemudahan pembelajaran serta pengajaran yang dimiliki dan dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. 5. Mengikut skop garis panduan ini ILA secara umumnya merujuk kepada sebarang institusi latihan yang melaksanakan fungsi utamanya iaitu merancang serta melaksanakan program dan aktiviti pembangunan sumber manusia yang melibatkan kumpulan sasar pegawai awam dengan menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dimiliki. Keutamaan adalah kepada ILA yang diwujudkan atas justifikasi untuk memenuhi keperluan pembangunan kompetensi pegawai awam bagi skim perkhidmatan yang berkaitan dengan memiliki pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran di premis dan lokasi tersendiri. 6. Di bawah PPSM: SM.1 Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam (DPBPA), ILA ditakrifkan sebagai pusat latihan yang mengendalikan kursus kepada pegawai. ILA boleh dirujuk sebagai institut yang ditubuhkan di bawah organisasi awam yang melaksanakan proses
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy