Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

1 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci mengenai pelaksanaan inisiatif pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) kepada semua Kementerian, Jabatan dan ILA. Penerangan ini adalah selari dengan hala tuju strategik untuk menjadikan ILA sebagai sebuah institusi yang dinamik, segar dan seiring dengan persekitaran digital . LATAR BELAKANG 1. Hasil dapatan Kajian Inisiatif Pemerkasaan ILA 2023/2024 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telahpun dibentangkan dalam Majlis Latihan Sektor Awam (MLSA) Bil. 5 pada 7 Oktober 2024 . 2. Selaras dengan keputusan mesyuarat, MLSA telah bersetuju supaya Kementerian dan Jabatan memberikan komitmen untuk menjayakan inisiatif pemerkasaan ILA di peringkat masing-masing. JPA telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan satu garis panduan rasmi sebagai rujukan utama kepada pihak pengurus sumber manusia. Garis panduan ini penting untuk memandu Kementerian dan Jabatan bagi memperkasa peranan ILA sebagai pihak pelaksana utama pembangunan kompetensi pegawai awam, selaras dengan dasar pembangunan sumber manusia semasa dan aspirasi nasional. 3. Pembangunan garis panduan ini adalah berlandaskan lima (5) punca kuasa dan rujukan dasar utama seperti yang berikut: (a) Kerangka Ekonomi MADANI; (b) Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (2024 - 2030);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy