Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

18 (i) Penilaian Kendiri (Self-Assessment) : (a) Setiap ILA melalui kawal selia dan pemantauan daripada Kementerian/Jabatan hendaklah melaksanakan penilaian kendiri menggunakan Skala Kompleksiti 14 Fungsi ILA (rujuk Lampiran B dan C ); dan (b) Tujuan utama penilaian ini adalah untuk mengenal pasti kedudukan semasa (baseline) ILA dari segi fungsi, keupayaan dan kekuatan. Proses ini bukan satu semakan audit atau pemarkahan yang kompetitif, sebaliknya ia adalah alat diagnostik untuk pembangunan organisasi. (ii) Pembangunan Pelan Hala Tuju: (a) Berdasarkan dapatan penilaian kendiri, ILA bersama Kementerian/Jabatan berupaya merangka satu Pelan Hala Tuju Pemerkasaan; (b) Pelan ini perlu realistik dan menggariskan sasaran penarafan yang ingin dicapai beserta strategi penambahbaikan yang jelas untuk jangka masa pendek, sederhana, dan panjang; dan (c) Bagi membantu dan menyeragamkan proses perancangan ini, satu templat Pelan Hala Tuju Pemerkasaan ILA telah disediakan seperti pada Lampiran D . Templat ini boleh digunakan oleh ILA bersama Kementerian/Jabatan sebagai alat kerja untuk mendokumenkan sasaran, strategi dan inisiatif utama secara berstruktur.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy