Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

19 (b) Pelaporan Kemajuan (Secara Dalaman) Pelaporan kemajuan pelaksanaan pelan hala tuju secara berkala adalah untuk kegunaan dalaman Kementerian/Jabatan sahaja. Ini bertujuan untuk membolehkan pemantauan kemajuan dan penyaluran sokongan yang relevan kepada ILA di bawah seliaan masing-masing melalui platform dalaman yang sesuai. (c) Peranan JPA Sebagai Pemudah Cara JPA akan bertindak sebagai pemudah cara bagi inisiatif pemerkasaan ILA terutama pencerahan kaedah atau familiarisasi yang melibatkan proses penilaian kendiri dan pembangunan hala tuju ILA. Maklum balas status pelaksanaan inisiatif ini akan dilaporkan dalam MPBPA dan JPKPA secara berkala. PEMAKAIAN 29. Garis panduan ini adalah terpakai kepada semua ILA di bawah Kementerian/Jabatan Persekutuan yang kumpulan sasarnya adalah pegawai awam dan hendaklah dibaca bersama SM.1 Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam. 30. Garis panduan ini tidak terpakai kepada ILA di bawah Kementerian/Jabatan Persekutuan yang kumpulan sasarnya adalah bukan pegawai awam sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy