Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)
17 (d) Memaksimumkan Penggunaan Fasiliti: Usaha menaik taraf fasiliti di ILA sedia ada akan dapat memaksimumkan penggunaannya, menjadikannya lebih efisien dan efektif berbanding membina fasiliti baharu. Ia selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) Bab 4 di bawah Strategi C3.3: Mempercepat Rasionalisasi Fungsi dan Peranan Kementerian dan Agensi . 27. Bilangan ILA yang telah diwujudkan berasaskan keperluan khusus skim perkhidmatan pada ketika ini adalah memadai dikekalkan pada jumlah yang sama. Fokus utama ILA pada masa kini adalah untuk mengarusperdanakan dan memperkasa fungsinya melalui perancangan strategik dan hala tuju organisasi masing-masing. MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN 28. Mekanisme pelaksanaan dan pemantauan yang fleksibel dan berfasa diperkenalkan untuk memandu Kementerian/Jabatan dalam proses penentuan hala tuju ILA masing-masing secara strategik. (a) Fasa Penilaian Kendiri dan Penentuan Hala Tuju Pada peringkat awal, pelaksanaan inisiatif pemerkasaan ini adalah secara sukarela (voluntary). Pendekatan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada setiap ILA membuat persediaan dan perancangan dalaman dengan teratur. Garis panduan ini boleh berfungsi sebagai rujukan strategik yang utama. Cadangan langkah-langkah bagi fasa permulaan adalah seperti yang berikut:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy