Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

16 menyokong agenda pembangunan bakat di peringkat perkhidmatan awam secara keseluruhan. Pengoptimuman ILA dan Tiada Penambahan ILA Baharu 25. Tiada penambahan bilangan ILA sedia ada memandangkan fokus utama adalah inisiatif pengoptimuman ILA melalui pelan tindakan yang berteraskan strategi pelaksanaan perkhidmatan secara terbuka, berkolaborasi dan memanfaatkan persekitaran digital. 26. Syor ini disokong oleh empat (4) justifikasi utama seperti yang berikut : (a) Peranan dan Fungsi ILA perlu Signifikan: Peranan dan fungsi ILA sedia ada perlu signifikan dan selari dengan hala tuju strategik perkhidmatan awam. Oleh itu, usaha perlu ditumpukan untuk memperkasakan peranan ini dan bukannya menambah institusi baharu; (b) Kesedaran untuk Pembaharuan: Wujudnya kesedaran mengenai tahap kategori ILA sedia ada akan mendorong usaha pembaharuan dan penambahbaikan ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang; (c) Peluang Pengoptimuman Sumber: Terdapat peluang yang luas untuk mengoptimumkan sumber sedia ada terutama aspek modal insan, proses dan teknologi, melalui pendekatan ILA yang lebih terbuka serta kolaborasi secara vertikal (di bawah Kementerian/Jabatan yang sama) dan horizontal (merentas Kementerian/Jabatan/ILA sektor awam); dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy