Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

15 sesebuah ILA ke arah menjadi CoE. Tanpa perancangan, pembangunan bakat dan pakar yang khusus dan berstruktur akan memberikan implikasi yang berikut: (a) Penempatan Pegawai yang Tidak Sesuai: Wujud isu penempatan pegawai yang tidak mempunyai kompetensi, minat atau kesesuaian, termasuk pegawai dalam transit atau yang bermasalah; (b) Tiada Program Pembangunan Kompetensi: Kekurangan program pembangunan yang berstruktur khusus untuk tenaga pengajar bagi meningkatkan kemahiran mereka; (c) Pusing Ganti yang Kerap: Kekerapan pertukaran pegawai menyebabkan ILA kehilangan kepakaran dan menjejaskan kesinambungan program; dan (d) Kurangnya Insentif dan Galakan: Ketiadaan elemen insentif dan galakan yang mencukupi kepada pegawai untuk aktiviti pengajaran serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). 23. Implikasi ini secara kolektif menunjukkan keperluan penting untuk memperkasa keupayaan modal insan di ILA. Kepentingan perancangan pembangunan dan pengekalan bakat di ILA adalah signifikan untuk mentransformasikan ILA ke arah yang lebih dinamik dalam bidang pengkhususan. 24. Syor ini adalah selari dengan dasar Kerajaan khususnya di bawah Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bilangan 1 Tahun 2024 mengenai Pengurusan Bakat di bawah perkara Penilaian Prestasi dan DPBPA. Hal ini menunjukkan bahawa usaha memperkasa modal insan di ILA bukan sahaja penting di peringkat institusi malah ia juga

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy