Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

14 Tadbir Urus Kawal Selia 20. Terdapat dua (2) peringkat tadbir urus kawal selia berkaitan ILA oleh JPA seperti berikut: (a) Majlis Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam (MPBPA) dan antara terma rujukan di bawah majlis ini adalah memastikan hala tuju ILA memenuhi keperluan pembangunan bakat perkhidmatan awam sepertimana yang diperuntukkan di bawah SM.1 DPBPA perenggan 9 (ii) ; dan (b) Jawatankuasa Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam (JPKPA) dan antara fungsi di bawah jawatankuasa ini adalah memastikan fungsi dan peranan ILA memenuhi keperluan pembangunan kompetensi perkhidmatan awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ceraian SM.1.1.1 perenggan 19(i)(b)(iii) . 21. Di peringkat Kementerian pula, platform sedia ada melalui PPSM atau platform yang bersesuaian boleh dimanfaatkan untuk mengawal selia standard ILA-ILA di bawah Kementerian/Jabatan melalui penilaian kendiri dengan menggunakan instrumen penilaian skala kompleksiti fungsi ILA dan kamus yang berkaitan seperti format yang dilampirkan pada Lampiran B dan C . Pembangunan Bakat dan Pakar 22. Salah satu faktor utama yang dikenal pasti mempengaruhi penyampaian perkhidmatan ILA adalah aspek perancangan pembangunan bakat yang khusus untuk menjadikan ILA sebagai sebuah organisasi yang dinamik dalam bidang pengkhususan dan kepakaran. Modal insan merupakan faktor dalaman yang paling kritikal dalam usaha memperkasakan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy