Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

13 Peranan ILA 18. Berdasarkan Ceraian SM.1.1.1 perenggan 19 (vi) , peranan ILA difokuskan kepada pelaksanaan pembangunan kompetensi yang strategik yang melibatkan aktiviti merancang, melaksana dan menilai program latihan secara proaktif selari dengan keperluan PPK Jabatan. Di samping itu, ILA berkeupayaan membangunkan modul-modul latihan yang standard dan berstruktur berpandukan kamus kompetensi yang ditetapkan. 19. Selain itu, ILA perlu diperkasa berdasarkan tiga (3) aspek utama seperti yang berikut: (a) Fasiliti: Menyediakan kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang mencukupi dan kondusif termasuk memastikan kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sentiasa moden dan berfungsi dengan baik untuk menyokong proses pembelajaran; (b) Tenaga Pengajar: Membangunkan dan menyediakan barisan tenaga pengajar yang berbakat dan bertauliah. Tenaga pengajar yang berkualiti adalah penting untuk memastikan proses pemindahan ilmu yang berkesan kepada para peserta; dan (c) Modul Latihan : Membangunkan modul-modul latihan yang berkualiti dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Modul yang relevan, seiring dengan keperluan semasa dan berstruktur akan memastikan objektif pembelajaran tercapai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy