Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)
12 (c) Membina Sinergi Strategik : Menjalin kerjasama strategik dengan ILA, terutamanya dalam merangka Pelan Pembangunan Kompetensi (PPK) Jabatan. Peranan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Peranan PPSM selaras dengan Ceraian SM.1.1.1 perenggan 19 (iii) (e) diperincikan melalui lima (5) fungsi utama berikut: (a) Mengenal Pasti dan Merancang Keperluan Latihan : Pihak pengurus sumber manusia bertanggungjawab untuk menganalisis dan merancang keperluan kompetensi fungsian dan generik bagi setiap jawatan dan gred dalam organisasi; (b) Memantau Pelaksanaan Program : Memantau pelaksanaan dan menilai keberkesanan PPK yang dijalankan bagi memastikan pencapaian objektif yang ditetapkan; (c) Bekerjasama dengan ILA : Menjalinkan kerjasama strategik dengan ILA untuk membantu menentukan hala tuju serta mengawal selia kualiti modul latihan dan tenaga pengajar; (d) Menguruskan Bakat dan Penggantian : Memberikan cadangan penempatan pegawai yang sesuai bagi tujuan pengekalan bakat, pemindahan kepakaran dan pelaksanaan pelan penggantian di ILA; dan (e) Memberi Maklum Balas : Menyampaikan maklum balas kepada ILA mengenai keperluan dan keutamaan kursus supaya menyokong pembangunan kompetensi generik dan fungsian berasaskan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) kumpulan sasar.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy