Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

11 (b) Bahagian Perkhidmatan (BK) : Memfokuskan kepada aspek penilaian prestasi dan potensi pegawai awam berdasarkan DPBPA di bawah MyPerformance dan MyPotensi; (c) Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI): Memfokuskan kepada aspek MyKompetensi di bawah DPBPA; (d) Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO): Menguruskan hal ehwal berkaitan struktur organisasi dan perjawatan dalam perkhidmatan awam; dan (e) Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) : Berfungsi sebagai Key Opinion Leader (KOL) atau penanda aras bagi ILA yang lain. Peranan Ketua Jabatan dan Panel Pembangunan Sumber Manusia Peranan Ketua Jabatan 17. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk menetapkan ILA sebagai institusi utama bagi pembangunan kompetensi di peringkat Jabatan. Selaras dengan Ceraian SM.1.1.1: Panduan Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam (MyKompetensi), perenggan 19 (v) peranan Ketua Jabatan antara lain adalah seperti yang berikut: (a) Memperkasa Fungsi ILA : Memastikan ILA dapat melaksanakan peranannya sebagai sebuah institusi pembangunan kompetensi yang penting; (b) Memberi Keutamaan : Menjadikan ILA sebagai pilihan utama dalam pelaksanaan semua kursus dan program latihan yang dirancang; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy