Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)
10 (b) Warga ILA : Menyediakan hala tuju pembangunan kerjaya yang jelas dan membolehkan kepakaran pegawai ILA dapat dibangunkan secara berstruktur sehingga ke peringkat tertinggi; (c) Peserta Kursus (pegawai awam) : Meningkatkan kompetensi fungsian dan generik peserta melalui tawaran kursus yang berkualiti dan berstruktur (asas, pertengahan, lanjutan, mahir, tinggi) di ILA; dan (d) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : (i) Memanfaatkan peranan pelbagai ILA secara strategik untuk pembangunan bakat dan penyuburan bidang kepakaran baharu dalam perkhidmatan awam; (ii) Menetapkan kriteria berasaskan tahap kategori ILA sebagai asas pertimbangan bagi penajaan pembangunan kepakaran di dalam dan luar negara; dan (iii) Meneliti rasionalisasi organisasi berdasarkan fungsi, struktur organisasi dan perjawatan yang berpadanan. Pengukuhan Peranan Tiga (3) Pihak Peranan Bahagian Utama JPA 16. Peranan bahagian-bahagian utama di JPA adalah seperti yang berikut: (a) Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD): Bertanggungjawab untuk melaksanakan pemantauan dan penilaian ekosistem di bawah DPBPA;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy