JPA Daily Buzz - Edisi 80 2026

m/s 1 Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tempat di dunia yang hampir mustahil untuk dimasuki oleh orang awam? Walaupun kita hidup dalam era satelit, media sosial dan maklumat tanpa sempadan, masih terdapat lokasi yang kekal tertutup kepada kebanyakan manusia. Antaranya ialah Area 51 di Amerika Syarikat yang sering dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi dan projek pertahanan negara. Terdapat juga North Sentinel Island di Kepulauan Andaman, India, sebuah pulau yang dihuni oleh masyarakat pribumi yang hidup hampir tanpa hubungan dengan dunia luar dan dilindungi daripada sebarang campur tangan moden. Di Norway pula terletaknya Svalbard Global Seed Vault, sebuah "peti simpanan benih dunia" yang menyimpan berjuta-juta sampel benih sebagai perlindungan sekiranya berlaku bencana global pada masa hadapan. Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Kru Buzz 23 Jun 2026 Edisi 80/ 2026 13 Tempat Larangan di Dunia: Mengapa Ada Pintu Yang Perlu Kekal Tertutup?

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy