m/s 4 Mungkin itulah pengajaran sebenar daripada tempat-tempat larangan di dunia. Bukan tentang apa yang ada di sebalik pintu yang tertutup. Tetapi tentang memahami mengapa sesetengah pintu perlu kekal tertutup kerana dalam kehidupan, tidak semua perkara yang boleh kita akses perlu diakses dan tidak semua batas yang wujud bertujuan untuk menghalang. Ada batas yang diwujudkan kerana ada perkara yang perlu dihormati dan ada perkara yang perlu dipercayai. Sudut Refleksi Apabila kita berdepan dengan sesuatu peraturan, batas atau proses yang tidak kita fahami sepenuhnya, reaksi pertama kita selalunya adalah untuk mempersoalkannya. Kadangkala itu perlu. Namun kadangkala, kita juga perlu bertanya: Apakah yang sedang dilindungi oleh batas tersebut? Masyarakat yang matang bukanlah masyarakat yang tiada peraturan. Sebaliknya, masyarakat yang memahami tujuan di sebalik peraturan tersebut. Tidak semua pintu yang tertutup menyembunyikan rahsia. Ada yang melindungi sesuatu yang bernilai. Nilai MADANI: Hormat dan Keyakinan Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy