m/s 1 Salam sejahtera pembaca JPA Daily Buzz. Jumaat sekali lagi, dan tanpa kita sedari, kita telah pun melangkah ke bulan Jun. Ini bermakna kita sudah berada di pertengahan tahun 2026. Lebih istimewa lagi, hari ini menandakan satu pencapaian yang cukup bermakna buat JPA Daily Buzz iaitu edisi ke-70 sejak artikel pertama diterbitkan pada 17 Oktober 2025. Dalam tempoh 200 hari yang lalu, JPA Daily Buzz telah menerbitkan 70 artikel yang dikongsikan melalui laman sesawang, rantaian emel dalaman dan media sosial. Secara keseluruhannya, artikel-artikel tersebut telah mencatatkan sebanyak 170,775 bacaan. Sebelum saya meneruskan penulisan ini, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membuka pautan, membaca artikel, berkongsi kandungan atau memberikan maklum balas. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada para penyumbang artikel yang telah berkongsi idea, pengalaman dan kepakaran masingmasing. Tanpa sokongan anda semua, JPA Daily Buzz tidak mungkin berada pada tahap ini. Pada awalnya, saya menyangka artikel kali ini sekadar akan menjadi catatan meraikan satu pencapaian. Namun, semakin lama saya merenung angka-angka tersebut, semakin saya menyedari bahawa angka 170,775 itu bukan sekadar statistik bacaan. 5 Jun 2026 Edisi 70/ 2026 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Kru Buzz Apa yang 170,775 Bacaan Mengajar Saya Tentang Sifat Ingin Tahu Manusia Refleksi daripada 200 Hari dan 70 Edisi JPA Daily Buzz
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy