m/s 2 Sebenarnya, puasa tak mengurangkan tanggungjawab kita. Puasa menguatkan disiplin kita. Ramadan bukan untuk mengecilkan produktiviti tetapi Ramadan untuk membentuk karakter iaitu sabar, ikhlas, dan belajar untuk kawal diri dan nafsu. Kalau kita betul-betul nak jadi “MADANI” dalam amalan, bukan sekadar poster, Ramadan ini latihan terbaik. Apa yang kita boleh buat dengan cara mudah dan realistik? Kerja bijak, bukan kerja bising. Kurang drama, lebih delivery. Rancang tenaga. Kerja berat awal, kerja ringan kemudian. Jadi lebih baik. Semua orang lapar… tapi tak semua orang tunjuk. Bekerja dengan ihsan. Terutama bila tak ada orang tengok. Sebab akhirnya, rakyat tak ingat alasan kita. Rakyat ingat perkhidmatan kita. So… boleh tak kita buat? Kalau ada “orang itu” yang masih guna puasa sebagai alasan… apa kita nak buat? Hahaha. Baiklah… saya serahkan kepada kebijaksanaan masing-masing. Pilih damai. Ramadan juga ada satu “kuasa” yang kelakar. ia akan tunjuk sistem operasi kita yang sebenar. Sebelum Ramadan, amboi reply laju, buat kerja laju, multitasking macam mesin. Masuk Ramadan otak jadi macam laptop tinggal 12% bateri masih hidup, semua orang diam-diam cari charger. Sikit-sikit alasan puasa. Hahaha. Tapi yang menariknya, Ramadan tak buat kerja mustahil. Ramadan buat kita lebih berhemah. Kita belajar susun keutamaan, kurangkan nada tinggi, dan jawab dengan lebih bijak. Macam produktiviti yang ada “filter”: kurang bising, lebih bermakna. Saya nak kongsi...momen itu rasa macam dapat ‘like’ in real life versi premium yang tak hilang selepas 24 jam. . Siap boleh ulang tayang tau. Hahaha. Terima kasih, Adam. Awak ingatkan saya satu perkara penting iaitu orang memang membaca dan orang memang peduli. Maklum balas macam nilah terutamanya yang memberi saya makna untuk terus menulis lagi. Sekarang soalnya saya nak tulis apa untuk Edisi 4/2026 ni? Azam tahun baru? Hmm… rasa macam kuih semalam yang dah masuk angin. Isu semasa? Hari ini tidak. Masa saya berharga dan saya tak nak habiskan satu jam menulis perkara yang tak “bagi makan” pada otak apatah lagi pada pembaca. Kemudian saya terfikir: Ramadan. Ya. Kita boleh buat ini. Bukan cara ceramah. Bukan cara “kita mesti sempurna”. Tapi cara yang praktikal dan cara pegawai awam. Jom jadikan ini satu janji kecil…atau mungkin “friendly challenge”: Ramadan ini, jom kita janji jangan guna puasa sebagai alasan untuk tidak berfungsi. Bukan alasan lambat balas mesej. Bukan alasan servis jadi perlahan. Bukan alasan “urgent” bertukar jadi “lepas Raya.” Lagipun… kita cuma tak makan tau, anggota badan lain masih berfungsi. Kalau tak berfungsi… err… itu bukan isu puasa lagi, itu isu lain. . Telefon 911 untuk bantuan... hahaha.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy