JPA Daily Buzz - Edisi 4 2026

m/s 3 Sekarang saya nak kongsi sikit secara peribadi berkenaan Ramadan. Bagi saya, saya lebih suka Ramadan daripada Syawal. Pelik kan? Hahaha. Bukan itu sahaja malahan Ramadan memang rasa lain. Bau dia lain. Suasana dia lain. Kalau pernah brisk walked pada waktu malam lepas solat, awak akan faham. Ada satu rasa tenang yang sukar nak dijelaskan. Tenang yang buat kita bernafas perlahan dan fikir lebih jelas. Mungkin itulah hadiah Ramadan. Kita mula kurang peduli pada “noise” orang yang bercakap belakang, orang yang pura-pura, dan orang yang dengki. Ramadan latih kita untuk pilih tenang berbanding reaksi dan fokus tanpa gangguan. Tenang itu…mahal nilainya. Selamat menyambut Ramadan, semua. Semoga kita keluar dari Ramadan sebagai insan yang lebih baik bukan sahaja dari segi rohani, tetapi juga profesionalisme. Doa peribadi saya, moga hati lebih lembut, khidmat lebih baik dan reaksi kita lebih kecil. Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy