m/s 1 Edisi 4/ 2026 3 Februari 2026 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Assalamualaikum dan hai pembaca semua, Lama juga saya “menyepi”. Tidak, bukan sebab saya “tak ada masa”. Itu alasan paling mudah, dan sejujurnya…agak dramatik. Sebenarnya, masa ada, tapi fikiran saya entah berada di mana. Menulis perlukan fokus. Bukan sekadar fokus “duduk dan taip”, tetapi fokus yang buat kita menyelam sedikit ke dalam diri dan tanya: “Apa yang saya nak tulis yang betul-betul buat orang berhenti sekejap?” Bukan sekadar scroll dan fikir, “Ala…artikel biasa je ni.....”. Tahun lepas, saya ada satu pertemuan pendek tetapi bermakna dengan Adam, seorang MySTEP dari Bahagian Pengurusan Psikologi. Dia kata dia sangat enjoy tulisan saya bertajuk “IF YOU’RE OVER 40, THIS TOILET BOWL STORY IS FOR YOU“. Puasa Bukan Alasan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy