JPA Daily Buzz - Edisi 33 2026

m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Setiap tahun, beberapa hari sebelum Hari Raya, satu perkara yang sangat biasa mula berlaku di seluruh Malaysia. Lebuh raya mula dipenuhi kenderaan. Kereta bergerak perlahan sepanjang jalan ketika keluarga memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. Bagi ramai rakyat Malaysia, balik kampung bukan sekadar perjalanan malahan ia hampir menjadi satu ritual tahunan. Ada yang sanggup menempuh perjalanan 10, 15 malah sehingga 20 jam semata-mata untuk memastikan mereka sampai ke kampung sebelum pagi Raya. Pada masa yang sama, mereka yang tidak mempunyai kampung juga sibuk membuat persiapan dengan cara mereka sendiri. Di bandar, persiapan Raya tetap meriah. Langsir ditukar. Lantai dimop dan dibersihkan. Kuih raya disusun rapi dalam balang kaca. Setiap orang ada peranan masing-masing. Ada yang bertanggungjawab memasak. Ada yang menghias rumah. Dan sudah tentu, ada juga yang memegang tugas penting iaitu pergi beli ais pada saat akhir. Dari malam Raya sehingga hari Raya ketiga, rumah sentiasa dipenuhi tetamu, gelak tawa dan hidangan yang tidak pernah habis. Edisi 33/ 2026 18 Mac 2026 Kalau Tiada JamBalik Kampung, Betul-Betul Raya Ke?

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy