JPA Daily Buzz - Edisi 30 2026

Who Invented Email? 1
In 1971, a computer engineer named Ray Tomlinson was working on ARPANET. 2
His task was to improve how messages could be sent between computers on the network. 2
At the time, it was possible to leave messages for other users on the same computer. But Tomlinson had an idea: what if a message could be sent from one computer to another computer across the network? 2
To test this idea, he modified an existing program and created a way for messages to travel between machines connected to ARPANET. 2
When the system was ready, Tomlinson sent a test message from one computer to another. 2
That message became the first email in history. 2
Interestingly, the very first email message was not something profound or historic. In fact, Ray Tomlinson himself later admitted that he could not remember exactly what the message said. 2
Most accounts suggest it was something simple, possibly a random sequence of letters used only to test whether the system worked. 2
The message itself was not important. What mattered was the breakthrough. For the first time, a message had travelled electronically from one computer to another over a network. This simple experiment would eventually change the way the world communicates. 2
The Birth of the “@” Symbol 2
Ray Tomlinson also introduced something that has since become one of the most recognisable symbols in digital communication, the @ symbol. 2
He needed a way to separate the user’s name from the computer they were using. So he chose the @ symbol because it was rarely used in names and could clearly indicate location. 2
For example: user@computer. This simple decision created the email address format that we still use today. Even now, decades later, every email address around the world continues to follow this same structure. 2
What began as a small technical experiment soon grew into something far larger. As computer networks expanded, email quickly became one of the most widely used forms of communication. 2
By the 1980s and 1990s, email was spreading beyond research laboratories into businesses, government offices and eventually homes around the world. Today, billions of emails are sent every single day. 2
Email connects people across cities, countries and continents within seconds. It allows ideas to travel quickly, decisions to be shared efficiently and information to be organised in ways that were once impossible. For many of us, email has become an essential part of our professional lives. It helps teams coordinate projects, share updates and maintain records of communication. 2
Within the public service, email plays an important role in ensuring that information flows smoothly between departments, agencies and stakeholders. It enables organisations to work more efficiently, collaborate more effectively and respond more quickly to the needs of the public. What began as a simple experiment between two computers has grown into one of the most important communication tools of the digital age. 2
Looking back, it is fascinating to think that one small test message helped shape the way billions of people communicate today. Ray Tomlinson’s experiment in 1971 was not intended to change the world. 2
It was simply a practical solution to a technical problem. Yet that small innovation helped open the door to a new era of communication one that continues to evolve with technology. Today we send emails in seconds, attach documents instantly and communicate across continents without ever leaving our desks. But sometimes it is worth pausing for a moment and thinking about how communication used to feel. 2
A handwritten letter. A carefully chosen stamp and the quiet excitement of waiting days sometimes weeks for a reply to arrive. For many people, that was the joy of having a pen pal. Perhaps technology has made communication faster, but it has also changed the way we experience connection and the next time you send an email, it may be worth remembering that the entire digital conversation began with one small message sent between two computers more than fifty years ago. 2
Although, if Ray Tomlinson could see our inboxes today, he might be wondering whether he accidentally created the world’s biggest to-do list. 2
Dr. Diyana Hassim Head of Corporate Communications Public Service Department 2
Siapakah pencipta E-mel? 3
Tugasnya adalah untuk menambah baik cara mesej boleh dihantar antara komputer dalam rangkaian tersebut. Pada masa itu, pengguna boleh meninggalkan mesej kepada pengguna lain dalam komputer yang sama. Namun Tomlinson mempunyai satu idea: bagaimana jika mesej boleh dihantar dari satu komputer ke komputer lain melalui rangkaian? 4
Untuk menguji idea tersebut, beliau mengubah suai satu program sedia ada dan mencipta kaedah untuk menghantar mesej antara komputer yang disambungkan melalui ARPANET. Apabila sistem itu siap, Tomlinson menghantar satu mesej ujian dari satu komputer ke komputer lain. Mesej itu menjadi e-mel pertama dalam sejarah. Menariknya, e-mel pertama dalam sejarah sebenarnya bukanlah mesej yang bersejarah atau bermakna. Malah Ray Tomlinson sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak dapat mengingati dengan tepat apakah isi mesej tersebut. Kemungkinan besar ia hanyalah beberapa huruf rawak yang ditaip untuk memastikan sistem tersebut berfungsi. 4
Isi mesej itu tidak begitu penting tetapi yang penting ialah kejayaan tersebut. Buat pertama kalinya, satu mesej telah berjaya dihantar secara elektronik dari satu komputer ke komputer lain melalui rangkaian. Eksperimen kecil ini akhirnya mengubah cara dunia berkomunikasi. 4
Lahirnya Simbol “@” 4
Ray Tomlinson juga memperkenalkan satu simbol yang kini menjadi sangat sinonim dengan komunikasi digital iaitu simbol @. Beliau memerlukan cara untuk memisahkan nama pengguna dengan komputer yang digunakan. Oleh itu beliau memilih simbol @ kerana simbol itu jarang digunakan dalam nama dan boleh menunjukkan lokasi dengan jelas. 4
Contohnya: pengguna@komputer. Keputusan ringkas ini akhirnya membentuk format alamat e-mel yang kita gunakan sehingga hari ini. Walaupun sudah berpuluh tahun berlalu, hampir semua alamat e-mel di dunia masih menggunakan struktur yang sama. 4
Apa yang bermula sebagai satu eksperimen teknikal kecil akhirnya berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih besar. Apabila rangkaian komputer semakin berkembang, e-mel dengan cepat menjadi salah satu bentuk komunikasi yang paling banyak digunakan. Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, penggunaan e-mel mula berkembang daripada makmal penyelidikan kepada perniagaan, pejabat kerajaan dan akhirnya ke rumah-rumah di seluruh dunia. 4
Hari ini, berbilion e-mel dihantar setiap hari. E-mel menghubungkan manusia merentasi bandar, negara dan benua dalam masa beberapa saat. Ia membolehkan idea bergerak dengan pantas, keputusan dikongsi dengan cepat dan maklumat disusun dengan cara yang sebelum ini sukar dibayangkan. 4
Bagi kebanyakan kita, e-mel telah menjadi sebahagian daripada kehidupan profesional harian. Ia membantu pasukan menyelaras projek, berkongsi maklumat dan menyimpan rekod komunikasi. 4
Dalam perkhidmatan awam, e-mel memainkan peranan penting dalam memastikan maklumat dapat disampaikan dengan lancar antara jabatan, agensi dan pihak berkepentingan. Ia membantu organisasi bekerja dengan lebih cekap, berkolaborasi dengan lebih baik dan memberi respons yang lebih pantas kepada keperluan rakyat. 4
Apa yang bermula sebagai satu eksperimen kecil antara dua komputer akhirnya menjadi salah satu alat komunikasi paling penting dalam era digital. Apabila kita melihat kembali sejarah ini, agak menarik untuk memikirkan bahawa satu mesej ujian kecil telah membantu membentuk cara berbilion manusia berkomunikasi hari ini. 4
Eksperimen Ray Tomlinson pada tahun 1971 sebenarnya tidak bertujuan untuk mengubah dunia. Ia hanyalah satu penyelesaian praktikal kepada satu masalah teknikal. 4
Namun inovasi kecil itu akhirnya membuka jalan kepada satu era komunikasi baharu yang terus berkembang sehingga hari ini. Hari ini kita menghantar e-mel dalam beberapa saat, melampirkan dokumen dengan mudah dan berkomunikasi merentasi benua tanpa perlu meninggalkan meja kerja. 4
Tetapi kadangkala menarik juga untuk kita mengingati bagaimana komunikasi dahulu terasa lebih istimewa. 4
Sepucuk surat tulisan tangan. Setem yang dipilih dengan teliti dan perasaan teruja menunggu beberapa hari atau kadangkala beberapa minggu untuk menerima balasan. 4
Bagi sesetengah orang, itulah keindahan mempunyai rakan pena atau pen pal. 4
Mungkin teknologi telah menjadikan komunikasi lebih pantas, tetapi ia juga mengubah cara kita merasai hubungan antara satu sama lain. 5
Lain kali apabila kita menghantar e-mel, mungkin kita boleh mengingati bahawa seluruh perbualan digital ini bermula daripada satu mesej kecil yang dihantar antara dua komputer lebih lima puluh tahun yang lalu. 5
Walau bagaimanapun, jika Ray Tomlinson dapat melihat peti masuk e-mel kita hari ini, mungkin beliau sendiri tertanya-tanya sama ada beliau secara tidak sengaja telah mencipta senarai tugasan terbesar di dunia. 5
Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam 5

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy