JPA Daily Buzz - Edisi 30 2026

m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Lebih 50 tahun yang lalu, satu mesej ujian yang ringkas antara dua komputer telahmengubah cara dunia berkomunikasi. Hari ini, berbilion e-mel dihantar setiap hari. Daripada surat-menyurat rasmi, jemputan mesyuarat, perkongsian dokumen hinggalah kepada kemas kini ringkas, e-mel telah menjadi salah satu alat komunikasi paling penting dalam dunia moden. Di pejabat-pejabat di seluruh dunia, termasuk dalam perkhidmatan awam, pelbagai keputusan, perbincangan dan idea bergerak melalui peti masuk e-mel setiap hari. Tetapi pernahkah kita terfikir bilakah e-mel pertama dalam sejarah dihantar ? Lebih menarik lagi, siapa yang menghantarnya dan apakah isi mesej tersebut? Jawapannya membawa kita kembali lebih 50 tahun dahulu , pada zaman ketika komputer sangat berbeza daripada peranti moden yang kita gunakan hari ini. Pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an, komputer merupakan mesin besar yang boleh memenuhi satu bilik. Ia kebanyakannya digunakan oleh universiti, makmal penyelidikan dan institusi kerajaan. Komputer pada masa itu mampu melakukan pengiraan dan menyimpan data, namun terdapat satu kekangan besar. Komputer-komputer tersebut tidak mudah berkomunikasi antara satu sama lain. Para penyelidik ketika itu mula mencari cara untuk menghubungkan komputer melalui rangkaian supaya maklumat dapat dikongsi antara mesin yang berbeza. Salah satu rangkaian komputer terawal dikenali sebagai ARPANET , yang dibangunkan di Amerika Syarikat. Ia membolehkan komputer di lokasi berbeza berhubung dan bertukar data. Namun ketika itu masih belum ada cara yang mudah untuk pengguna komputer menghantar mesej kepada pengguna lain di komputer yang berbeza . Di sinilah seorang jurutera mencipta sejarah. Pada tahun 1971 , seorang jurutera komputer bernama Ray Tomlinson sedang bekerja dengan rangkaian ARPANET. Edisi 30/ 2026 13 Mac 2026 Siapakah pencipta E-mel? Kisah Ray Tomlinson dan mesej kecil yang akhirnya mengubah cara dunia berkomunikasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy