BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian: Untuk mengetahui status pengurusan pesakit tinnitus yang sedang dijalankan oleh profesional kesihatan di fasiliti kesihatan. Metodologi: Kajian ini dijalankan dalam 2 fasa. Fasa 1 adalah fasa pembinaan soalan yang sahih untuk soal selidik kajian. Fasa 2 adalah fasa pengedaran soal selidik ke 16 hospital yang menjalankan pengurusan pesakit dengan tinnitus. Fasa 1: Soalan untuk soal selidik dibina berdasarkan garis panduan pembinaan dan pelaksanaan kajian tinjauan. Ia dibina bersama beberapa orang pakar yang berkaitan dan telah menjalani proses validasi dengan pakar lain yang berkaitan. 28 soalan terbentuk dengan lima (5) domain: (1) Laluan rujukan; (2) Penilaian rutin; (3) Penilaian rawatan dan keberkesanan rawatan; (4) Kepuasan terhadap perkhidmatan yang diberikan; dan (5) Pendapat dari sudut klinikal. Fasa 2: 220 borang soal selidik telah dihantar melalui pos ke Jabatan Otorinolaringologi di 16 buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Subjek terdiri daripada Pakar Otorinolaringologi (ORL), Pegawai Perubatan ORL dan Pegawai Audiologi. Sebanyak 110 borang diterima semula dari 15 buah hospital. Satu borang soal selidik terpaksa dikeluarkan kerana maklumat yang diberikan tidak lengkap. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis maklumat demografik setiap responden. Analisis dibuat berdasarkan kategori responden. Bagi soalan terbuka, analisis dibuat berdasarkan analisis tematik sepertimana yang dicadangkan oleh Braun dan Clarke (2006). Management of Subjective Tinnitus by Clinical Professionals in Malaysia: A Cross-Sectional Survey Study Wan Suhailah Wan Husain, Mohd Normani Zakaria, Nik Adilah Nik Othman, Azizah Othman, Aw Cheu Lih, Wan Najibah Wan Mohamad 86 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam International Journal on Disability and Human Development 18(2):189-202 , 2019) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy