BUKU PENA PAKAR SME

DASS-21 versi Bahasa Malaysia mempunyai kebolehpercayaan ( reliability ) yang tinggi dan ia sangat sesuai digunakan untuk mengukur simptom psikologikal yang dialami oleh pesakit dengan tinnitus. Berdasarkan penilaian ini, Pegawai Audiologi dapat memahami masalah psikologikal yang dialami pesakit di samping masalah tinnitus. DASS-21 versi Bahasa Malaysia dapat digunakan di klinik-klinik tinnitus di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau swasta. Artikel ini menjadi sumber rujukan utama untuk penyelidik lain yang ingin menjalankan kajian berkaitan masalah psikologikal dan masalah tinnitus. Skop kajian: Validasi soal selidik Depression, Anxiety and Stress Scales (DASS-21) ke atas pesakit yang mempunyai masalah tinnitus. Metodologi: 28 orang pesakit yang mempunyai masalah tinnitus yang berumur antara 23 hingga 74 tahun dilibatkan dalam kajian ini. Mereka adalah pesakit di Klinik Otorinolaringologi dari tiga (3) buah hospital iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia. Masalah utama pesakit adalah tinnitus dengan masalah pendengaran sensorineural tidak lebih daripada 60 dBHL pada satu telinga (purata tahap pendengaran pada 500, 1000, 2000 dan 4000 Hz). Pesakit diminta untuk mengisi borang soal selidik DASS-21 versi Bahasa Malaysia sebanyak dua (2) kali dengan sela masa antara dua (2) pengukuran adalah dua (2) minggu. Tiada rawatan diberikan antara pengukuran pertama dan pengukuran kedua. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis maklumat demografik pesakit dan analisis Pearson Correlation digunakan untuk menentukan perkaitan bagi setiap sub skala dalam DASS-21. Poin nyata ( key knowledge ): 1. 2. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: 1. 2. Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh Determining the Internal and External Reliability of Depression, Anxiety and Stress Scales (DASS-21) in Assessing Psychological Symptoms Among Patients with Tinnitus Wan Suhailah Wan Husain, Azizah Othman, Nik Adilah Nik Othman, Wan Najibah Wan Mohamad, Mohd Normani Zakaria 85 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam NeuroQuantology, Volume 16 , Issue 12 , 2018)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy