BUKU PENA PAKAR SME

Beban pembuktian terletak di atas pihak yang membuat tuntutan. Pengukuran secara bersama ( joint measurement ) di tapak bina bagi menentukan nilai kerja yang telah dilaksanakan sehingga tarikh penamatan kontrak dan dipersetujui oleh kedua pihak, dapat mengelakkan pertikaian. Kes 2: Pasdec Putra Sdn. Bhd. v Suara Hati Sdn. Bhd. Kes ini mengenai penamatan kontrak dan isu sama ada bayaran ke atas kerja yang telah dilaksanakan sehingga penamatan kontrak, perlu berasaskan dan tertakluk kepada pengukuran muktamad ( final measurement ). Isu lain adalah mengenai sama ada beban pembuktian terletak ke atas kontraktor yang menuntut dalam menentukan nilai kerja yang telah dilaksanakan sehingga tarikh penamatan. Poin nyata ( key knowledge ): 1. 2. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Ulasan ke atas kes dapat mengutarakan pengajaran ( lesson learnt ) dan amalan terbaik yang boleh diterapkan dalam industri pembinaan bagi mengelakkan pertikaian serupa berulang. 56

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy