BUKU PENA PAKAR SME

Tindakan penamatan kontrak hendaklah ditadbir mengikut peruntukan kontrak antara kedua pihak bagi mengelakkan pertikaian. Lanjutan daripada penamatan yang menurut undang-undang, majikan mempunyai hak untuk melantik pihak ketiga untuk menyiapkan baki kerja dan perbezaan kos penyiapan boleh dituntut daripada kontraktor asal sepertimana yang dibenarkan dalam peruntukan nyata ( expressed provision ) dalam kontrak. Skop kajian: Menyediakan ulasan ke atas kes pembinaan berasaskan perspektif positif untuk menambah baik industri pembinaan secara holistik dengan menekankan isu utama pertikaian, pengajaran yang diperoleh dan amalan terbaik yang boleh diterapkan dalam industri pembinaan. Metodologi: Mengkaji secara terperinci kes pembinaan yang dikemukakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam bentuk ringkasan kes ( case summary ) dan penghakiman asal ( raw judgment ) serta memberi ulasan secara bertulis mengenai keputusan kes mengikut format yang ditetapkan bagi tujuan penerbitan. Ringkasan penulisan: Ulasan telah disediakan ke atas dua (2) kes pembinaan seperti berikut: Kes 1: Mix Target (M) Sdn. Bhd. v Najcom Sdn. Bhd. & Another case Kes ini mengenai pemecahan kontrak dan penamatan kontrak. Isu yang dibincangkan sama ada penamatan sub kontraktor adalah mengikut undang-undang dan sama ada sub kontraktor layak kepada ganti rugi yang timbul daripada penamatan yang pramatang dan tidak mengikut undang-undang. Kes ini juga melibatkan isu bayaran bagi kerja yang telah dilaksanakan sehingga tarikh penamatan sub kontrak. Defendan telah mengemukakan tuntutan balas ( counterclaim ) dan isu yang dibincangkan adalah sama ada berdasarkan imbangan kebarangkalian, defendan telah berjaya membuktikan kerugian yang ditanggung bagi menyiapkan baki kerja dengan menggunakan kontraktor penyelamat ( rescue contractor ). Poin nyata ( key knowledge ): 1. 2. Pengulas Pakar Penerbitan CIDB Construction Law Report 2018 - Edisi 2019 Sr Maselawati Shamsuddin 55 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam CIDB Construction Law Report 2018 – Edisi 2019) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy