BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah memberikan khidmat dan menghasilkan produk ukur sejak lebih dari 125 tahun yang lalu. Di antara produk yang dihasilkan bagi pembangunan negara adalah peta asas kadaster atau Cadastral Basemap yang terdiri daripada maklumat tunggal atau gabungan dari beberapa sumber maklumat. Sebelum era digital, peta asas kadaster adalah Syit Piawai dan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, Pelan Akui (PA) perlu digunakan. Pada masa ini, era digital telah diimplementasi sepenuhnya di JUPEM dan peta asas ini lebih dikenali dengan nama Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan atau lebih sinonim dengan nama National Digital Cadastral Database (NDCDB). NDCDB yang digunakan sekarang merupakan pangkalan data 2-dimensi (X, Y), di mana maklumat yang disimpan adalah dalam bentuk koordinat planimetrik 2-dimensi. Untuk menghasilkan maklumat 3-dimensi (X, Y, Z) bagi setiap tanda sempadan, kaedah kutipan data, hitungan dan pelarasan data-data terabas ukur dalam sistem eKadaster sedia ada perlu ditambah baik. Poin nyata ( key knowledge ): Mewujudkan pangkalan data 3-dimensi dengan memasukkan nilai ketinggian bagi setiap tanda sempadan tanah. Metodologi: Kaedah kutipan data, hitungan dan pelarasan bagi modul-modul sedia ada dalam sistem eKadaster sedia ada perlu ditambah baik bagi menyokong maklumat 3- dimensi. Perekayasaan Sistem eKadaster ke Arah Ukuran Kadaster 3-Dimensi Sr Looi Kam Seng, Sr Soeb bin Nordin 38 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Buletin GIS & GEOMATIK Bil. 2, 2020) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy