BUKU PENA PAKAR SME

Kaedah alternatif kepada ujian EDM sedia ada tanpa mengambil kira kedudukan alat di atas pilir tapak ujian. Pencerap tidak boleh memanipulasikan hasil bacaan jarak yang dicerap berbanding jarak piawaian tapak ujian kerana nilai reja dan selisih piawai bagi reja yang diperoleh daripada analisis kuasa dua terkecil adalah merupakan keputusan penilaian ke atas ketepatan EDM tersebut. Skop kajian, metodologi dan sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Reka bentuk posisi Tapak Ujian EDM sedia ada yang berpandukan tapak ujian yang direka bentuk pada tahun 1972 hanya bersesuaian dengan EDM ketika itu yang menggunakan gelombang mikro. EDM model baharu masa ini menggunakan gelombang inframerah dan gelombang cahaya tampak. Kos pembinaan dan penyelenggaraan Tapak Ujian EDM yang tinggi serta kaedah ujian EDM yang berpandukan purata selisih malar dengan cara membandingkan bacaan jarak yang dicerap oleh alat tersebut dengan jarak piawai tapak ujian adalah tidak telus dan boleh dimanipulasikan. Laporan ini mengemukakan kaedah ujian EDM yang menggabungkan reka bentuk tapak ujian bersama analisis kuasa dua terkecil bagi menilai ketepatan EDM sebagaimana yang dinyatakan dalam manual spesifikasi alat (Ketepatan Pengilang). Nilai reja dan selisih piawai bagi reja yang diperoleh daripada analisis kuasa dua terkecil adalah merupakan keputusan penilaian ke atas ketepatan EDM tersebut. Diharap reka bentuk dan kaedah analisis yang dicadangkan ini akan dapat menambah baik proses ujian EDM masa ini. Poin nyata ( key knowledge ): 1. 2. Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh 37 Perekayasaan Kaedah Ujian EDM dengan Menggunakan Kaedah yang Menggabungkan Re ka Bentuk Tapak Ujian Bersama Kaedah Analis is Kuasa Dua Terkecil Sr Looi Kam Seng, Sr Dr. Azlan bin Yahya (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Buletin GIS & GEOMATIK Bil. 1, 2020)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy