Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Program Excellent Circle (EC) adalah salah satu inisiatif di bawah Program Pencarian Bakat yang bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bentuk sahsiah dan softskills bagi persediaan menghadapi alam kerjaya. Fokus program EC adalah kepada pelajar-pelajar tajaan JPA yang sedang menuntut dalam tahun ketiga dan keempat pengajian yang mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.50 di dalam pelbagai bidang. Program EC Siri 1 telah dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor dan dihadiri oleh 72 orang pelajar. Manakala Program EC Siri 2 telah dilaksanakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor dan dihadiri oleh 82 orang pelajar. Program ini dilaksanakan selaras dengan dasar Kerajaan dalam menarik dan mengekalkan bakat-bakat terbaik untuk memenuhi keperluan Perkhidmatan Awam dan Negara di samping memberikan pendedahan kepada pembangunan kerjaya pelajar setelah menamatkan pengajian. The Excellent Circle (EC) programme is one of the initiatives under the Talent Search Program aimed at adding value to outstanding students in terms of character and soft skills to prepare them for their future careers. The EC programme focused on JPA-sponsored students who are currently in their third and fourth year of studies and have achieved a minimum CGPA of 3.50 in various fields. The EC Programme Series 1 was conducted at Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, and attended by 72 students. Meanwhile, the EC Programme Series 2 was held at Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor and attended by 82 students. This programme is implemented in line with the government's policy of attracting and retaining the best talents to meet the needs of the Civil Service and the Country while also providing career development exposure to students after completing their studies. PROGRAM EXCELLENT CIRCLE (EC) EXCELLENT CIRCLE PROGRAMME (EC) 85 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy