Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Program Get To Know “Menicon Co.Ltd” Siri 1/2022 merupakan satu program kolaborasi Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Tokyo bersama pihak MIDA Tokyo dengan melibatkan penyertaan Syarikat Menicon Co. Ltd., sebuah syarikat Jepun yang akan membuka kilang pengeluarannya di Kulim, Kedah pada tahun 2025. Penyertaan program disasarkan kepada pelajar-pelajar tajaan JPA daripada Tahun 2 sehingga ke Tahun 4 di Jepun. Program ini telah dilaksanakan pada 18 April 2022 secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Pejabat PPL Tokyo telah diwakili oleh Puan Che Hartene Che Samsudin, PPL Tokyo beserta Encik Mohd Riza Mohmed Zuhri, Setiausaha Pertama (Pendidikan) yang bertindak sebagai moderator program manakala Syarikat Menicon Co. Ltd. telah diwakili oleh Encik Koji Kawaura, Pengarah Urusan Menicon Co. Ltd dan Encik Manabu Ueda, Timbalan Pengarah Urusan Menicon Malaysia Sdn. Bhd. MIDA Tokyo pula telah diwakili oleh Shamsul Amir, Timbalan Pengarah MIDA Tokyo. 115 pelajar tajaan JPA telah menyertai Program Get To Know “Menicon Co.Ltd” Siri 1/2022 ini yang mempunyai objektif utama seperti berikut: i. Kolaborasi strategik atau usaha sama di antara agensi berkepentingan dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar tajaan; ii. Mempersiapkan pelajar tajaan dengan asas kepada keperluan dalam urusan pencarian pekerjaan sedari awal; iii. Platform pertemuan pelajar tajaan dan pengurusan tertinggi syarikat berkaitan dalam membentuk profiling pelajar tajaan yang komprehensif di masa hadapan; iv. Mewujudkan ruang pertemuan di antara pelajar dan PPL untuk membincangkan isu-isu berkaitan polisi semasa seperti urusan kontrak, permohonan pekerjaan setelah bergraduat, dokumentasi berkaitan dan lain-lain; dan v. Memperkenalkan agensi dan syarikat kepada pelajar tajaan bagi memberikan input tambahan kepada pelajar tajaan selain memberi fokus kepada bidang pengajian. Sepanjang pelaksanaan program, para peserta telah mengambil peluang untuk berinteraksi bersama wakil daripada pihak Menicon Co. Ltd. dalam usaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan laluan kerjaya dan perancangan pelan pembangunan diri setelah bergraduat kelak. The "Get To Know Menicon Co. Ltd" Programme Series 1/2022 is a collaboration programme between the Office of Education and Training (PPL) Tokyo and MIDA Tokyo, involving the participation of Menicon Co. Ltd., a Japanese company that will establish its manufacturing plant in Kulim, Kedah, Malaysia, in 2025. The programme is targeted at PSD-sponsored students from Year 2 to Year 4 in Japan. It was conducted on 18 April 2022 held online using Zoom application. The PPL Tokyo office was represented by Mrs. Che Hartene Che Samsudin, PPL Tokyo, along with Mr. Mohd Riza Mohmed Zuhri, First Secretary (Education), who served as the programme's moderator. Menicon Co. Ltd. was represented by Mr. Koji Kawaura, Managing Director of Menicon Co. Ltd., and Mr. Manabu Ueda, Deputy Managing Director of Menicon Malaysia Sdn. Bhd. MIDA Tokyo was represented by Shamsul Amir, Deputy Director of MIDA Tokyo. A total of 115 PSD-sponsored students participated in the "Get To Know Menicon Co. Ltd" Programme Series 1/2022, which had the following main objectives: i. To establish a strategic collaboration or partnership among relevant agencies in providing the best services to sponsored students; ii. To prepare the sponsored students with a foundation in job-seeking skills from an early stage; iii. To provide a platform for sponsored students to meet with top management from relevant companies, facilitating the creation of comprehensive profiles for these students in the future; iv. To create a discussion space between students and PPL regarding current policy issues, such as contract matters, job applications after graduation, documentation, and more; and v. To introduce agencies and companies to sponsored students to provide additional insights and focus on their fields of study. Throughout the programme, participants had the opportunity to interact with representatives from Menicon Co. Ltd. to gain insights into career pathways and personal development plans after graduation. PROGRAM GET TO KNOW “MENICON CO.LTD.” SIRI 1/2022 GET TO KNOW “MENICON CO.LTD.” PROGRAMME SIRIES 1/2022 82 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy