Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Simposium Kerjaya Mahasiswa (SIKMA) 2022 yang berlangsung pada 24-26 September 2022 merupakan sebuah program tahunan yang diadakan sebagai satu platform untuk membantu menghubungkan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan syarikat-syarikat tempatan atau antarabangsa di Malaysia yang berminat untuk mengambil tenaga kerja baru di kalangan graduan di Republik Korea. Selain itu, SIKMA 2022 juga berperanan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar mengenai persediaan dan teknik menghadapi proses temuduga, kaedah berkomunikasi dan berinteraksi bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian sebelum menceburi alam pekerjaan. SIKMA 2022 juga dianjurkan bertujuan untuk mengharumkan nama negara Malaysia di Republik Korea dengan membekalkan keperluan tenaga kerja profesional yang terbaik di kalangan pelajar Malaysia untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat tersebut. SIKMA 2022 telah dianjurkan oleh Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Seoul dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK). Program ini dilaksanakan secara dalam talian memandangkan ia melibatkan syarikat-syarikat yang berpengkalan di Malaysia. Pada tahun 2022, seramai 39 orang pelajar tajaan JPA tahun akhir yang mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan dan Sains & Teknologi (S&T) telah mengambil bahagian dalam program yang diadakan. SIKMA 2022 telah mendapat sambutan dan disertai oleh 9 syarikat tempatan dan antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia seperti berikut: (i) Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd.; (ii) Intel Technology Sdn. Bhd.; (iii) Merck Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn. Bhd.; (iv) Sustio Sdn. Bhd.; (v) Micron Malaysia; (vi) Accenture Solutions Sdn. Bhd.; (vii) National Instruments (NI); (viii) Clarivate (Malaysia) Sdn. Bhd; dan (ix) Petronas. The Student Career Symposium (SIKMA) 2022, held from 24-26 September 2022, is an annual programme designed as a platform to facilitate connections between Public Service Department (PSD) sponsored students and local or international companies in Malaysia interested in hiring fresh graduates from the Republic of Korea. Furthermore, SIKMA 2022 also aims to provide exposure and experience to students regarding preparation and techniques for facing the interview process, methods of communication and interaction with participating companies before entering the workforce. SIKMA 2022 is also organised to enhance the reputation of Malaysia in the Republic of Korea by supplying the best professional workforce among Malaysian students to serve these companies. SIKMA 2022 was organised by the Office of Education and Training Adviser (PPL) in Seoul in collaboration with the Malaysian Students' Association in Korea (PPMK). The program was conducted online due to the involvement of companies based in Malaysia. In 2022, a total of 39 final-year PSD-sponsored students with backgrounds in engineering and Science & Technology (S&T) participated in the programme. SIKMA 2022 received participation from 9 local and international companies based in Malaysia, as follows: (i) Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd.; (ii) Intel Technology Sdn. Bhd.; (iii) Merck Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn. Bhd.; (iv) Sustio Sdn. Bhd.; (v) Micron Malaysia; (vi) Accenture Solutions Sdn. Bhd.; (vii) National Instruments (NI); (viii) Clarivate (Malaysia) Sdn. Bhd; and (ix) Petronas. SIMPOSIUM KERJAYA MAHASISWA (SIKMA) 2022 STUDENT CAREER SYMPOSIUM (SIKMA) 2022 80 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy