Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengadakan satu sesi libat urus bersama wakil daripada kementerian dan agensi untuk membincangkan draf Pekeliling Perkhidmatan Dasar dan Peraturan Perkhidmatan Bagi Kakitangan Ambilan Tempatan di Perwakilan dan pejabat Wakil Agensi di Luar Negeri. Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur pada 11 hingga 12 Oktober 2022 melibatkan seramai 35 orang pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi, antaranya daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Sesi libat urus ini diadakan dengan objektif seperti berikut: (i) untuk menjelaskan kepada semua wakil kementerian/ agensi berhubung penambahbaikan yang sedang dibuat oleh pihak JPA ke atas dokumen SULIT 202/4 yang telah berkuat kuasa sejak tahun 1978; (ii) untuk mendapatkan maklum balas secara terus daripada wakil kementerian/agensi yang terlibat berhubung draf pekeliling perkhidmatan baharu bagi perkhidmatan KAT yang telah disediakan; dan (iii) untuk mendapatkan input bagi tujuan pemurnian pekeliling perkhidmatan baharu KAT sebelum diangkat kepada pihak pengurusan tertinggi JPA untuk kelulusan. Sepanjang sesi ini berlangsung, semua pihak telah memberikan kerjasama yang baik dan secara umumnya objektif penganjuran sesi libat urus tersebut telah dapat dicapai dengan jayanya. The Remuneration Division, Public Service Department, organised an engagement session with representatives from ministries and agencies to discuss the draft Circular on Service Policies and Service Regulations for Local Staff Recruitment in Representative and Representative Offices for Government Agencies Abroad. The meeting was held at Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur, from 11 to 12 October 2022 and involved 35 officials from various ministries and agencies, including the Ministry of Foreign Affairs, Ministry of Finance, Ministry of International Trade and Industry, and Ministry of Tourism, Arts and Culture. The engagement session aimed to achieve the following objectives: (i) to clarify to all ministry/ agency representatives regarding the improvements being made by PSD to CONFIDENTIAL document 202/4, which has been in effect since 1978; (ii) to directly obtain feedback from the representatives of ministries/ agencies involved regarding the new service circular draft for the KAT service that has been prepared; and (iii) to gather input for the purpose of refining the new KAT service circular before it is submitted to the highest management of PSD for approval. Throughout the session, all parties cooperated effectively, and in general, the objectives of the engagement session were successfully achieved. SESI LIBAT URUS SEMAKAN DRAF PEKELILING PERKHIDMATAN DASAR DAN PERATURAN PERKHIDMATAN BAGI KAKITANGAN AMBILAN TEMPATAN DI PERWAKILAN DAN PEJABAT WAKIL AGENSI KERAJAAN MALAYSIA DI LUAR NEGERI ENGAGEMENT SESSION REVIEW OF DRAFT SERVICE CIRCULAR POLICY AND SERVICE REGULATIONS FOR LOCAL STAFF RECRUITMENT IN REPRESENTATIVES AND REPRESENTATIVE OFFICES FOR MALAYSIAN GOVERNMENT AGENCIES ABROAD 72 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy