Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

PENERBITAN OLEH BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN PUBLICATION BY HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT DIVISION Buku Dasar Pandang ke Timur: Legasi Kecemerlangan Empat Dekad Buku Dasar Pandang ke Timur: Legasi Kecemerlangan Empat Dekad merupakan manifestasi sejarah kejayaan dan suatu legasi kegemilangan sepanjang 40 tahun Dasar Pandang ke Timur khususnya dalam mendokumentasikan program penajaan Kerajaan Malaysia ke negara Jepun sejak tahun 1982 hingga 2022. Penerbitan buku ini mengimbau sejarah, merajut peristiwa penting dan ketokohan graduan Malaysia yang telah melakarkan kisah-kisah kegemilangan serta menjadi suri teladan buat seluruh rakyat Malaysia. Buku ini telah dilancarkan oleh mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 22 September 2022 semasa Kolokium Penyelidikan (Dasar Pandang ke Timur) bertempat di INTAN Bukit Kiara. Majlis pelancaran buku ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kedutaan Jepun dan permata Dasar Pandang ke Timur yang terdiri daripada tokoh-tokoh yang pernah melanjutkan pengajian di negara Jepun di bawah tajaan JPA sejak tahun 1982. Dasar Pandang ke Timur: Legasi Kecemerlangan Empat Dekad Book The book "Dasar Pandang ke Timur: Legasi Kecemerlangan Empat Dekad" is a manifestation of the history of success and a legacy of excellence over the past 40 years of the Look East Policy, especially in documenting the Malaysian government's sponsorship programmes to Japan from 1982 to 2022. The publication of this book recalls history, weaves significant events, and celebrates the achievements of Malaysian graduates who have crafted stories of excellence and serve as role models for all Malaysians. The book was launched by the former Director-General of Public Service (KPPA) on 22 September 2022, during the Research Colloquium (Look East Policy) held at INTAN Bukit Kiara. The book launch event was also attended by representatives from the Japanese Embassy and luminaries of the Look East Policy, including individuals who pursued their studies in Japan under the sponsorship of JPA since 1982. Pelancaran Buku Dasar Pandang ke Timur oleh mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Malaysia (KPPA) The launch of the "Look East Policy" Book by the former Director-General of the Public Service (KPPA) 166 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy